Wanita Ini Conteng Satu Bandar Demi Sampaikan Mesej Kepada Seorang Lelaki Misteri

Seorang wanita warga Australia didakwa atas tuduhan merosakkan harta benda awam di pinggir kota Melbourne.

Wanita berkenaan telah menconteng dinding atau dipanggil graffiti di beberapa tempat awam untuk sampaikan mesej kepada “Chris” yang dipercayai merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya.

Mesej yang sama- “Chris u need 2 talk 2 me b4 baby is born, or don’t bother after” berada di mana-mana dari dinding tandas awam, laluan pejalan kaki hingga tempat barbeku.

Penduduk kawasan tersebut mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial. Mesej graffiti aneh itu menjadi tular dan warganet menyuruh Chris agar menghubungi wanita itu sebelum terlambat.

“Chris, boleh tak telefon je dia sebelum dia musnahkan satu bandar?”- Salah satu 24,000 komen post itu yang tular di Facebook.

Pihak berkuasa mula mengambil tindakan dengan menyiasat kes vandalisme tersebut, mencari si pelaku dan memadamkan semburan cat tersebut setelah mendapat laporan daripada beberapa orang penduduk menerusi aplikasi atas talian.

Akhirnya mereka menangkap seorang wanita berumur 36 tahun yang dikatakan ada kaitan dengan mesej di dinding-dinding tersebut.

Manakala pengguna laman sosial masih tertanya-tanya akan kesudahan cerita drama misteri itu. Adakah Chris menghubungi wanita tersebut? Apa yang wanita itu akan lakukan bila jumpa Chris?

Kredit semua foto: Facebook Frankston Community Noticeboard

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca