Wanita Ini Berkongsi Menu ‘Roti Sosej Keinsafan’

Roti sosej gulung memang sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat keju leleh di dalam roti sosej tersebut.

Seorang wanita telah berkongsi menu roti sosej gulung dalam Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di Facebook. Apa yang menginsafkan, roti sosej ini ‘berselimut putih’ dengan biji mata tersembul.

Kredit Foto: Princess Larra Lanna/MAHN

Pada hari Jumaat yang barakah, saudari Princess Larra Lanna telah membuat menu yang bertemakan kerohanian iaitu ‘Roti Sosej Keinsafan’.

Kredit Foto: Princess Larra Lanna/MAHN

Ceritanya, kalau roti sosej biasa letak atas meja sejam sudah habis namun roti sosej rare ini masih kaku di atas meja walaupun sudah 3 jam berlalu.

Kredit Foto: Princess Larra Lanna/MAHN

Perkongsian ini mendapat 26,000 likes dan 2,000 komen.

Artikel Lain Untuk Di Baca