Wanita Ini Akhirnya Terima Padah Selepas Persenda ‘Social Distancing’

Seorang gadis yang sebelum ini pernah membuat video mempersendakan amaran mengenai COVID-19 telah disahkan positif virus.

Gadis yang bernama Ireland Tate dari Tennessee, Amerika Syarikat itu tidak menghiraukan amaran penjarakan sosial malah kelihatan yakin tidak akan dijangkiti COVID-19.

Menerusi video terdahulu, beliau dikatakan peka dan memahami keperluan penjarakan sosial tetapi membuat keputusan untuk tidak mematuhi peraturan tersebut.

Nasib tidak menyebelahinya apabila beliau telah disahkan positif COVID-19 setelah mengalami beberapa simptom virus berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, beliau mengatakan dadanya seperti ada orang yang duduk membuatkan beliau sukar bernafas.

“Jika ia tidak jangkiti kamu sekalipun, ia boleh beri kesan kepada datuk, nenek, mak cik atau pak cik sesiapa sahaja,” ujarnya dalam nada sesal. Beliau juga menasihati orang ramai untuk mematuhi penjarakan sosial dan sentiasa duduk di rumah.

Untuk rekod, Amerika Syarikat kini berada di tempat pertama dengan jumlah kumulatif sebanyak 142,047 dan angka korban sebanyak 2,484 kes.

Rakyat dinasihati untuk mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa kekal di rumah. Rakyat juga perlu menjaga kesihatan diri dan kebersihan diri untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca