Wanita Disangka Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Kini Hidup Semula

Seorang wanita di Ecuador tiba-tiba bangun selepas disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti wabak COVID-19. Berita mengejutkan itu membuatkan ahli keluarganya sangat gembira namun timbul persoalan, jasad siapa yang mereka kebumikan.

Alba Maruri yang berasal dari Guayaquil, sebuah bandar terbesar di Ekuador yang terjejas teruk oleh COVID-19 telah dimasukkan ke hospital pada bulan Mac yang lalu selepas mengalami masalah untuk bernafas dan demam yang berpanjangan.

Ahli keluarganya menyatakan bahawa wanita berusia 74 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 27 Mac yang lalu. Seminggu selepas itu, keluarga wanita terbabit datang untuk mengambil jasadnya. Tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menyentuh atau mendekati jasad tersebut.

Media antarabangsa melaporkan bahawa sewaktu mengambil jasad yang ‘disyaki’ sebagai Maruri, ahli keluarga beliau hanya melihat bahagian belakang jasad tersebut dan bukan wajahnya.

Anak saudara Maruri iaitu Jaime Morla, menyatakan bahawa dia menganggap jasad itu adalah ibu saudaranya, dan segera memberitahu pihak hospital kerana terlalu takut untuk melihat wajahnya.

Akhirnya, jasad tersebut dibawa pulang oleh keluarga Maruri dan dibakar, sehinggalah Maruri dilaporkan telah sedar pada Khamis lalu. Setelah terjaga, Maruri segera memberitahu doktor siapa dia dan meminta mereka menghubungi saudaranya yang bernama Aura.

Aura mengatakan kepada media di Ecuador bahawa hospital menghubunginya pada Jumaat dan memberitahu bahawa ibu saudaranya dalam keadaan baik dan boleh pulang.

“Ini keajaiban. Selama hampir sebulan kami anggap dia sudah mati dan selama ini kami simpan abu orang lain,” katanya.

Kata Aura, sehingga kini pihak hospital belum mengesahkan jasad siapa yang mereka bawa pulang.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca