Wanita Di Australia Ini Gunakan Kotak Ayam Goreng Sebagai Pelitup Muka

Penggunaan pelitup muka pada ketika adalah sangat penting tambahan pula apabila kes positif COVID-19 di negara kita sudah kembali menunjukkan peningkatan dua digit.

Orang ramai pula sudah mulai menggayakan pelbagai jenis pelitup muka sama ada yang boleh didapati di farmasi ataupun mereka menjahitnya sendiri dengan bantuan tutorial daripada YouTube.

Namun, lain pula bagi gadis ini.

Menerusi video yang diambil di pusat membeli-belah Westfield Marion, di Adelaide Australia, kelihatan seorang wanita sedang duduk di meja dan menatap telefon bimbitnya sambil memakai pelitup muka berkenaan.

Kelihatan juga di hadapannya sebuah dulang makanan yang menandakan wanita tersebut baru selesai menikmati hidangannya.

Tindakan wanita ini tidak mengambil masa yang lama untuk disedari orang ramai kerana bekas makanan yang biasanya diisi ayam goreng itu sudah berada di bahagian wajahnya bagi menutup hidung dan mulutnya.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak jelas sekiranya wanita tersebut memakai pelitup muka berkenaan hanya sebagai gurauan atau atas faktor kesihatan. Tetapi apa yang pasti, video tersebut sedikit sebanyak telah menghiburkan hati warganet.

Video tersebut menjadi perhatian selepas dimuat naik oleh seorang individu bernama Scott Mclnerney di Instagram.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca