Wanita Berbangsa British Ini Bercakap Dengan Loghat Cina Setelah Tersedar Daripada Serangan Strok

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang seorang lelaki Scotland tiba-tiba boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih setelah tersedar daripada koma.

Tahukah anda tentang penyakit yang dikenali sebagai Foreign Accent Syndrome? Penyakit ini sangat jarang berlaku. Kes pertama direkodkan pada perang dunia ke-2 di mana seorang wanita Norway bercakap dengan loghat Jerman selepas mengalami kecederaan pada otak.

Ini yang terjadi kepada seorang wanita warganegara British bernama Sarah Colwill. Dia diserang strok dan selepas tersedar, dia bercakap bahasa Inggeris tetapi dengan loghat Cina. Dia mengatakan tidak pernah merantau ke negara China sebelum ini.

Sarah yang tinggal di Plymouth, England sudah mencuba pelbagai rawatan tetapi menemui jalan buntu. Sarah diberitahu loghat Cina ini tidak boleh diubah dan akan kekal selama-lamanya.

“Saya masih Sarah dari Plymouth, saya masih orang yang sama. Orang yang tidak mengenali saya pasti akan berasakan saya berbeza. Kadang-kadang orang ramai tidak akan memahami saya dan ia amat mengecewakan. Jika percakapan saya terlalu teruk saya akan mendiamkan diri,” katanya.

Artikel Lain Untuk Di Baca