Wanita Bebas Hutang $102K Ini Merayakan Kegembiraannya Di Tanah Perkuburan

“My loans are dead.”

Wanita berusia 28 tahun di New York ini memotret dirinya di tanah perkuburan bagi meraikan kejayaannya ‘membunuh’ segala hutang pinjaman pelajarannya.

Perjalanan usaha Mandy Velez itu bermula pada tahun 2013, apabila dia bergraduat daripada Universiti Pittsburgh dengan hutang pinjaman pelajaran sebanyak $75,000 (RM 313,987.50 kini).

Kadar faedah telah menaikkan hutangnya menjadi $102, 000 (RM 427,023.00 kini). Situs Bloomberg melaporkan kebanyakan graduan di Amerika Syarikat membayar pinjaman pendidikan mereka sampai mati atau mengambil masa selama 100 tahun bagi melangsaikan hutang itu.

Wanita itu berpindah ke New York dengan satu keazaman, iaitu membebaskan diri daripada hutang pinjaman pelajaran pada umur 30 tahun.

Mandy tidak mahu berhutang dengan sesiapa lagi. Dia terfikir tentang masa depan seperti rumah, anak-anak dan sebuah kehidupan.

Selama enam tahun di kota Big Apple itu, Mandy berjimat cermat, melakukan pelbagai pekerjaan dan membayar lebih daripada minimum pembayaran pinjaman yang ditetapkan.

Dia turut membanting tulang empat keratnya dengan melakukan kerja-kerja rencam seperti mengasuh bayi, kucing dan pernah berdiri selama 24 jam demi mendapatkan wang tambahan.

Selain itu, Mandy memotong banyak bajet perbelanjaannya dan terpaksa berkata “tidak” pada aktiviti sosial dan liburan.

Bagi Mandy, bukan mudah untuk melalui semua ini tetapi pengorbanannya itu sangat berbaloi demi membayar harga sebuah kebebasan.

Setelah enam tahun bersakit-sakit dahulu, dia mendapat kehidupannya semula dengan senang hati. Mandy mencoret ceritanya di laman Facebook berserta foto cerianya semasa ‘mengebumikan beban’ itu.

Walaupun ceritanya berinspirasi, Mandy faham yang bukan semua orang mampu mengikut langkahnya itu atas faktor peluang pekerjaan terhad, pelbagai tanggungjawab lain dan setiap orang melalui jalan hidup yang berbeza.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca