Saban hari kita dikongsikan dengan khabar-khabar berita tentang perkahwinan. Namun, apa yang menarik dengan pasangan pengantin baru ini adalah pengantin perempuan merupakan seorang mualaf yang berasal dari Itali.

Melalui perkongsian portal Media Kreatif UMT, Giovanna Khadija Wolswijk yang berumur 25 tahun telah memeluk Islam pada 18 Jun 2019 dan majlis Syahadah telah berlangsung di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Beliau asalnya merupakan penganut ateis dan mula tertarik dengan Islam setelah mendengar alunan al-Quran dari pembesar suara masjid UMT. Beliau juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT dan kini bekerja sebagai Pembantu Penyelidik INOS.

Beliau telah diijab kabul dengan pasangan hidupnya iaitu Mohamad Khalies bin Hami Hamzah yang merupakan pembantu tadbir (perkeranian dan operasi) di Pusat Pengurusan Akademik & Kualiti UMT.
Seluruh team Lejen Digital mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka.
Untuk baca artikel lain berkenaan kisah pengislaman individu yang dulunya membenci Islam, anda boleh klik pada pautan di bawah: