Wang i-Sinar Dah Masuk? Mr Tako Tawar Pakej Lengkap Mulakan Bisnes Dengan Modal Bermula RM1,499

Penularan pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan yang amat besar kepada semua lapisan masyarakat. Atas sebab itu, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila mendapat tahu bahawa permohonan mereka untuk mengeluarkan wang i-Sinar diluluskan.

Untuk pengetahuan anda, i-Sinar membenarkan semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan mengeluarkan simpanan daripada akaun 1 mereka.

Susulan daripada itu, sekiranya sumber pendapatan anda terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19, Mr Tako menawarkan pakej lengkap mulakan bisnes buat semua individu yang sedang mencari peluang perniagaan.

Mr Tako ialah rangkaian perniagaan kios takoyaki terkenal yang mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Malaysia. Dengan sambutan hangat yang diterima sejak penubuhannya pada tahun 2013, Mr Tako kini membuka peluang perniagaan kepada orang ramai untuk menjual takoyaki.

Sekiranya anda merupakan salah seorang penerima bantuan i-Sinar dan sedang mencari peluang perniagaan dengan modal bawah RM2,000, apa kata anda sertai Mr Tako? Kami akan kongsikan kelebihan jadi ejen Mr Tako dalam artikel ini.

Kelebihan ejen Mr Tako

Sebelum kita mulakan apa-apa perniagaan sekali pun, kita pasti mahu tahu kelebihan bisnes tersebut. Dengan mengeluarkan modal serendah RM1,499, anda akan menerima keuntungan berlipat ganda apabila menjadi ejen Mr Tako. Kami kongsikan empat kelebihan menjadi ejen Mr Tako menerusi artikel ini:

1. Mr Tako sentiasa menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai

Dengan lebih 200 kios di seluruh Malaysia, Mr Tako bukanlah satu nama yang asing lagi kepada peminat takoyaki. Mr Tako berjaya menawan hati para peminat takoyaki dengan kelazatan sos istimewa dan bahan mentah mereka. Sekali dah cuba, mesti nak lagi.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter, Encik Faiz iaitu pemilik kiosk Mr Tako di hadapan Senheng Semenyih berkata bahawa ada masanya pelanggan masih lagi datang untuk membeli takoyaki di kiosk beliau walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.

Pendek cerita, anda memang tidak akan rugi apabila menjadi ejen Mr Tako kerana jenama yang sudah dikenali dan menerima permintaan yang tinggi.

2. Mr Tako menyediakan latihan lengkap kepada semua ejen

Kami percaya ada antara anda yang mahu berniaga tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan. Bersama Mr Tako, anda tidak perlu risau kerana pihak HQ akan menyediakan latihan secara lengkap kepada semua ejen baharu.

Apabila menjadi sebahagian daripada Mr Tako, pihak HQ akan menyediakan latihan lengkap kepada semua ejen baharu termasuk cara penyediaan takoyaki.

Namun, apa yang menambat hati orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada Mr Tako ialah mereka mudah berurusan dengan pihak HQ. Sekiranya stok bahan mentah sudah tiada, mereka boleh menghubungi pihak HQ. Mereka boleh datang membuat pengambilan sendiri di HQ yang terletak dekat Puchong.

Sekiranya tidak sempat membuat pengambilan sendiri di Putra Perdana, Mr Tako akan menguruskan penghantaran bahan mentah kepada semua ejen melalui Lalamove.

Pihak HQ akan berusaha memproses penghantaran bahan mentah dengan cepat setiap pagi. Dengan melakukan perkara tersebut, semua ejen boleh restock bahan mentah yang sedap dan berkualiti dengan kadar pantas.

3. Margin keuntungan yang tinggi dan berbaloi

Single Pack Mr Tako

Satu kelebihan yang semestinya menambat hati orang ramai untuk sertai Mr Tako ialah semua ejen akan peroleh 63.8% daripada hasil jualan mereka.

Sekiranya anda mampu menjana jualan sebanyak RM1,000 setiap hari, anda akan peroleh RM30,000 setiap bulan. Betul tak? Dengan menjadi ejen Mr Tako, anda akan peroleh keuntungan sebanyak 63.8% daripada hasil jualan iaitu RM19,140 setiap bulan. Menarik bukan?

Untuk mendapatkan jumlah tersebut, anda hanya perlu menjual sekurang-kurangnya 100 Single Pack Mr Tako (RM5 setiap satu) ataupun 50 Family Pack Mr Tako (RM10 setiap satu) setiap hari.

Melalui video di bawah, Encik Faiz iaitu salah seorang ejen Mr Tako di Semenyih mampu menjana jualan lebih daripada RM1,000 setiap hari meskipun baru sahaja mula berniaga sejak dua bulan lalu:

4. Pakej lengkap mulakan bisnes dengan modal serendah RM1,499

Sekiranya sedang mencari peluang bisnes bermodalkan wang i-Sinar, Mr Tako tawarkan pakej lengkap untuk memulakan perniagaan. Mr Tako tawarkan dua pakej perniagaan di mana stok bahan mentah yang dibekalkan juga akan berbeza mengikut pakej yang anda ambil.

Kami kongsikan dua pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Mr Tako menerusi artikel ini:

i. Pakej Perniagaan 2 (RM1,499)

ii. Pakej Perniagaan 3 (RM1,999)

Dengan jumlah modal di atas, anda boleh memulakan bisnes dengan serta-merta kerana semua pakej perniagaan Mr Tako lengkap dengan bahan mentah yang sedap dan berkualiti serta peralatan niaga meskipun ia ditawarkan pada harga berpatutan.

Sekiranya anda pernah mencuba takoyaki Mr Tako sebelum ini, anda akan perasan bahawa keenakan dan kelazatan sos istimewa mereka memang tiada tandingannya. Dengan menjadi ejen Mr Tako, anda boleh beli bahan mentah tersebut pada harga borong.

Anda boleh menerima banyak kelebihan sekiranya menjadi ejen Mr Tako. Jika berminat untuk menjadi ejen Mr Tako, anda boleh klik pada pautan Jom.chat ataupun laman sesawang rasmi mereka.

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman media sosial rasmi Mr Tako:

Instagram: www.instagram.com/mrtakohq/

Facebook: www.facebook.com/mrtakospecialhq/

Twitter: twitter.com/mrtakohq

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca