KONGSIKAN

Genting Malaysia Bhd telah bertindak menyaman Walt Disney dan Twenty-First Century Fox diatas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.

Untuk pengetahuan mereka sudah membuat perjanjian ini sejak tahun 2013 lagi, tapi  taman tema Fox World itu tidak dapat diteruskan setelah Walt Disney Co tidak mahu bekerjasama dengan mereka.

 

&

Tambah sumber lagi, masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.

Genting berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

Bagimanapun kedua-dua syarikat itu enggan mengulas komen terhadap isu memfailkan saman buat masa ini.