Walaupun Mempunyai Keluasan 7 Tingkat, IKEA Ini Dibina Tanpa Lot Parkir

Siapa antara anda yang kerap membeli belah di IKEA? Pastinya anda tidak mengalami kesukaran untuk membawa pulang barangan yang dibeli kerana ia dilengkapi dengan lot parkir yang banyak.

Berbeza pula dengan IKEA yang sedang dibangunkan di Vienna, Austria ini kerana mereka memperkenalkan konsep yang baharu.

Percaya atau tidak, gedung itu sengaja dibina tanpa lot parkir walaupun ia mempunyai keluasan sebanyak tujuh tingkat.

Screen Shot 2020-01-20 at 1.33.53 PM
Sumber: The Vocket

Rupa-rupanya, IKEA ini sengaja tidak menyediakan lot parkir dalam bangunan tersebut kerana para pengguna tidak mempunyai keperluan untuk membawa pulang barangan menggunakan kereta.

Mana tidaknya, pihak IKEA bakal menguruskan dan menghantar semua barangan yang besar kepada para pelanggan.

Dalam pada itu, gedung itu terletak berhampiran dengan stesen tram di mana ianya bakal memudahkan para pengguna untuk berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan pengangkutan tram untuk membeli belah di sana.

ikea-1.jpg.860x0_q70_crop-scale
Sumber: The Vocket

Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju sekiranya konsep IKEA tanpa lot parkir ini dibuat di Malaysia?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan IKEA, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca