Walaupun Akui Sukar Temui Cinta, Wanita Ini Tekad Untuk Kekal Berjambang

Walaupun akui sukar untuk dirinya menemui pasangan yang sesuai, seorang wanita yang menghidap sindrom aneh nekad untuk terus menyimpan jambangnya.

Menurut laporan Daily Star, wanita ini, Harnaam Kaur, 31, telah disahkan menghidap penyakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Penyakit ini telah menyebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan.

Simptom tersebut turut memberi kesan kepada kitaran haid, menyebabkan tumbuh bulu di bahagian muka dan kesukaran mengandung kerana penghidap PCOS mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi.

Walaupun menghadapi kesukaran akibat kedaan dirinya yang tidak normal, Harnaam Kaur tekad untuk terus berjambang.

Pada awalnya wajah Harnaam mula ditumbuhi jambang sejak dia mencapai akil baligh ketika berusia 11 tahun.

Sebaik sahaja mengetahui keadaan Harnaam, ibunya membawa dirinya ke salon untuk membuang jambang yang tumbuh di mukanya. Namun usaha mereka sia-sia , apabila makin dicukur makin lebat pula jambang Harnaam tumbuh.

Disebabkan itu, Harnaam membuat keputusan untuk membiarkan jambang tersebut tumbuh seperti biasa.

Harnaam turut menyatakan bahawa kulitnya yang lembut dan sensitif itu menyebabkan dia merasai proses itu sakit.

“Saya merasai kesakitan kerana kulit saya lembut dan sensitif. Bermacam-macam cara saya cuba, namun tidak berhasil. 

“Keadaan menjadi lebih teruk dan saya mula mencederakan diri sendiri.

“Saya diejek secara berterusan dan pernah mengalami mimpi buruk diserang dengan kejam oleh pembuli di sekolah,” luahnya. 

Situasi aneh yang dialaminya itu ternyata memberi kesan kepada kerjaya dan keinginannya untuk bercinta seperti orang lain.  

Kongsinya, ketika berusia 21 tahun dia pernah mengikat tali pertunangan walaupun belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya. 

“Pertunangan itu diaturkan oleh kuil Sikh dengan lelaki dari India. 

“Semasa itu, saya mahu bercinta dan ingin mempunyai anak, sedangkan dalam budaya kami, ia bukanlah suatu kebiasaan,” katanya. 

Menurut Harnaam, hari pertama dia berjumpa bakal tunangnya dalam keadaan formal dan tali pertunangan mereka diikat sembilan hari selepas pertemuan itu. 

Jelasnya, lelaki itu pada awalnya kelihatan baik kerana langsung tidak menegur tentang jambangnya. 

Namun, lelaki itu kemudiannya menjadi terlalu mengawal Harnaam apabila dia tidak membenarkan Harnaam untuk bersolek, bertatu serta menindik. Lelaki itu turut memberitahunya sekiranya dia tidak suci lagi lelaki itu tidak akan menyentuhnya.

Lantaran itu, dua bulan sebelum tarikh mereka berkahwin Harnaam membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan lelaki tersebut.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh tekan pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca