Nama : Nur Amalina Hamsan
Umur : 29 tahun
Asal : Jengka, Pahang
Graduan : Master in Engineering and Environmental Geophysics, UKM
Pekerjaan : Geophysicist
1. Bila timbul minat untuk menulis?
Kali pertama baca novel kawan, Pergilah Sepi karya Fauziah Ashaari, masa tu rasa novel tu sedap bukan main. Terus timbul idea nak tulis cerita tapi bukan pasal perempuan yang kena kahwin paksa. Ia tentang seorang perempuan yang suka pada seorang lelaki, tapi takut nak cakap. Pernah juga tulis pasal makwe yang paranoid sebab pernah kena sexual harassment masa kecil dan jadi tomboy (pengaruh Ria Qistina. Hahaha.) Malangnya semua tak pernah habis. Sangkut sekerat jalan.
2. Macam mana boleh kenal Lejen? Pernah apply manuskrip kat tempat lain tak, untuk kembangkan penulisan?
Pengasas Lejen Press (En. Aisamudin dan En. Shahrul Naim) kenalan dari blog, lebih kurang tahun 2009-2010 macam tu. Masa tu saya baru cuba-cuba untuk jual hasil tulisan saya dalam bentuk zine. Kemudian geng Soltura tolong terbitkan Heroin dalam bentuk buku. Lepas pada tu, Aisa pula bersetuju untuk terbitkan semula Heroin di bawah Lejen Press. Dan di situlah segalanya bermula. Saya pernah cuba hantar dekat publications lain tetapi tak diterima sebab Heroin adalah antologi cerpen. Most of publications nak novel. Jadi, saya sangat terhutang budi dengan Lejen Press!
3. Pasti ada turun naiknya selama bergelar penulis. Boleh kongsikan sedikit?
Buku baru saya, Walang. Entah kenapa saya sedikit terkesan kerana ada beberapa reviews yang menyatakan Walang kurang umphh. Mungkin kerana saya sebenarnya mengharapkan yang para pembaca tidak membandingkan hasil tulisan-tulisan saya, dan cuba terima apa yang saya cuba sampaikan. Tapi jangan risau, semua tu tak menjadi masalah sebab reviews tu saya ambil positif. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya untuk beri yang terbaik selepas ini. Hehehe.
4. Amal amat dikenali sebagai penulis yang mampu menaikkan semangat wanita. Kenapa Amal memilih genre seperti itu?
Asalnya, saya menulis tanpa fokus pada mana-mana genre sebab sejujurnya, saya kurang berpengetahuan dalam bidang menulis ni. Saya main tulis je, dan Alhamdulillah, tak sangka yang orang suka.
5. Mungkin ada perancangan nak cuba genre yang lain lepas ini?
Genre lain, nak sangat! Saya nak cuba tulis fiksyen tapi masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Hehehe.
6. Adakah jalan cerita yang Amal tonjolkan berdasarkan apa yang Amal pernah rasa sendiri?
Ya, saya menulis berdasarkan apa yang saya pernah rasa, yang saya pernah lihat, yang jadi di sekeliling saya, yang saya dengar.
7. Berapa kali percubaan yang Amal lakukan untuk menyiapkan satu-satu novel? (dari segi edit ayat, baiki cerita, etc)
Banyak kali. Tulis, padam, tulis, edit, padam, tulis, padam, give up, sambung semula, padam, tulis, nangis, give up, cuba tulis semula dan semua ni berulang sampai editor cakap Lulus. Hahaha.
8. Amal mengambil masa berapa lama dalam menyiapkan satu manuskrip tu?
Tak tentu. Kalau mood dan idea datang bersama, cepatlah siap. Kalau ada mood saja, idea tak ada, tak bergerak bilangan words. Kalau ada idea saja, tapi mood tak ada, tak jalan juga. Dan begitulah. Hahaha.
9. Sepanjang dalam bidang penulisan ini, adakah Amal pernah rasa putus asa dalam meneruskan penulisan?
Selalu, lagi-lagi bila datang writers block. Setiap kali idea tak datang, terus tutup laptop dan fikir untuk fokus dengan kerjaya sekarang. Tapi nanti, akan tulis semula bila datang moodnya. Dan kadang-kadang, bila apa yang kita tulis dan orang tak suka, pun buat rasa macam nak give up, tapi cuba untuk tak give up lagi. Hehehe.
10. Antara semua karya, yang mana paling disukai dan kenapa?
Walang. Sebab itu berdasarkan kisah benar. Sebenarnya, saya tulis Walang sejak 2009. Dan ambil masa yang sangat lama untuk saya tulis sebab banyak hati yang perlu saya jaga.
11. Bagaimana bahagi masa antara kerjaya dan medium menulis? (sebab mungkin nak penuhi demand pembaca)
Buat masa sekarang, saya lebihkan kerjaya sekarang. Tapi jika ada masa lapang, saya akan menulis. InsyaaAllah saya akan terus menulis selagi termampu.
12. Apa menariknya Seyogia bagi Amal berbanding novel lain sehingga ia boleh dipentaskan sebanyak 3x?
Hehehe. Baru dua kali saja. Saya tak tau nak jawab soalan ni macam mana. Mungkin kena tanya dengan pembaca kot untuk soalan ni.
13. Siapa yang beri semangat @ kekuatan untuk terus berada dalam bidang penulisan ni?
Keluarga, kawan-kawan dan para pembaca. Hehehe.
14. Jika Amal diberi satu permintaan, apa yang Amal akan minta?
Saya akan minta permintaan yang tak ada limit, supaya saya boleh minta banyak benda. Hehehehehe.
15. Pernah tak mencari peluang untuk membuat adaptasi novel ke drama ke atau filem?
Hal seperti ini saya serahkan sepenuhnya pada publisher. Hehehe.
16. Apa Amal akan lakukan jika stress dengan assignment dan manuskrip yang perlu disiapkan?
Tengok movie. Tengok movie sampai lebam.
17. Apa aktiviti kegemaran Amal pada setiap hujung minggu?
Kalau free, saya suka habiskan masa dekat rumah. Mungkin sebab dah makin tua, jadi dah makin malas untuk keluar berlibur, lebih selesa bermalasan dekat rumah.
18. Bila terfikir mengenai Lejen, apa 3 patah perkataan yang Amal boleh beritahu?
Terima kasih, Lejen!
Temubual ini dijalankan oleh pelajar pelatih, Hani dan Mariah.