Wakili Malaysia Ke Kejohanan Swiss Robot Olympics, Lima Pelajar Ini Terpilih Sebagai Pasukan Negara

Lima remaja bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan peringkat antarabangsa, Swiss Robotic Olympics, FIRST Global Challenge.

Masing-masing baru berusia dalam lingkungan berusia 15 hingga 17 tahun yang juga pelajar berasal dari Hulu Terengganu dan Johor Bharu.

Kejohanan ini merupakan pertandingan robotik anjuran FIRST yang juga dikenali sebagai For Inspiration and Recognition of Science and Technology.

Tambahan pula, pertandingan ini akan dianjurkan secara bersemuka buat kali pertama di Geneva, Switzerland bermula 13 hingga 16 Oktober nanti.

Menurut Pengarah Program FIRST Global Malaysia, Ilylia Kamaruzaman, beliau berbangga kerana pasukan negara tidak berputus asa meneruskan usaha mengumpul dana, mewujudkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada golongan muda walaupun melalui pelbagai cabaran selepas pandemik.

“Kami percaya mereka akan membanggakan negara dan pertambahan bilangan wakil wanita dalam pasukan ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar perempuan menyertai program robotik yang kini masih didominasi pelajar lelaki.” Jelasnya.

Dalam pada itu, Ilylia juga menjelaskan bahawa dalam membangunkan belia berkemahiran bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan tetapi masyarakat keseluruhannya.

Robotics Learning (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan FIRST Global di Malaysia dan bertanggungjawab untuk membawa pasukan ini ke kejohanan tersebut.

Bagi edisi kali ini, Robotics Learning telah memilih pelajar berdasarkan prestasi keseluruhan mereka yang bersaing dalam pelbagai pertandingan robotik dianjurkan tahun lalu termasuklah Cabaran Robotik Antarabangsa yang disertai lebih 20 negara dan FIRST Global Challenge Malaysia.

Pasukan yang bakal ke Switzerland akan dianggotai olej Nur Alia Sofiah Binti Zainordin (16) sebagai Team Captain, Lidya Marlynda Binti Mahd Shah (15) sebagai Team Ambassador, Muhammad Ammar Akhmal Bin Abd Wa’fa (15) sebagai Programmer, Khayra Binti Zokree (15) sebagai Media Editor, dan Nor Khairiah binti Omar (15) sebagai Press Release Documentation Leader.

Manakala mereka ini berada di bawah kendalian mentor Ridhuan Azman dan Nur Nadirah Binti Mohd Roslan.

Pasukan Malaysia akan bertanding dengan pelajar lain dari 180 negara yang turut akan terlibat dalam kejohanan itu nanti.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca