Wakaf Pustaka Desa: Selagi Ada Yang Membaca, Selagi Itulah Kita Mendapat Ganjarannya

Tidak semua anak-anak bangsa kita di kawasan luar bandar yang bernasib baik mempunyai akses kepada bahan bacaan yang berkualiti dan terkini. Berbanding dengan mereka yang berada di kawasan bandar, pusat sumber atau perpustakaan di sekolah-sekolah luar bandar ada yang daif serta tidak mempunyai bahan bacaan yang mencukupi serta berkualiti.

Program Wakaf Pustaka Desa merupakan kesinambungan daripada program Pustaka Harapan Budi yang dijalankan pada 2018. Dalam program tersebut, pihak kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan bahan-bahan bacaan untuk sekolah-sekolah luar bandar terpilih di Rompin, Pahang.

Pada tahun 2020 ini, Wakaf Pustaka Desa telah mengenal pasti beberapa buah pusat sumber di sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan bahan bacaan untuk kegunaan anak-anak luar bandar. Kekangan daripada segi ekonomi dan faktor lokasi membuatkan anak-anak ini sangat memerlukan bantuan bahan bacaan supaya mereka mendapat pendedahan dan manfaat daripada bahan bacaan. Ini bagi memastikan supaya mereka tidak ketinggalan dengan anak-anak kawasan bandar yang mempunyai lebih akses kepada bahan bacaan yang berkualiti dan terkini.

Dengan sumbangan serendah RM50, anda dapat membantu supaya jurang pengetahuan di antara anak-anak kawasan luar bandar dengan kawasan bandar dapat dikurangkan.

Wakaf Pustaka Desa telah memilih beberapa buah sekolah luar bandar di Kelantan, Perak dan Pahang sebagai permulaan bagi inisiatif untuk tahun ini.

MAKLUMAT PERBANKAN

MAYBANK
512222629449
LEJEN PRESS SDN BHD

JOMPAY

Masukkan Biller Code: 4150
Ref-1: WAKAF PUSTAKA DESA dan Amaun

SenangPay

Klik di sini untuk memberi sumbangan menerusi SenangPay

Anda juga boleh menderma terus menerusi laman SimplyGiving.

Untuk permohonan resit, sila emelkan ke [email protected] dengan tajuk e-mel ‘Wakaf Pustaka Desa’ berserta bukti sumbangan anda. Resit yang diterima layak digunakan untuk tujuan permohonan pengecualian cukai.

Terima kasih di atas keprihatinan anda. Ingatlah, selagi ada yang membaca, selagi itulah kita mendapat ganjarannya.

Artikel Lain Untuk Di Baca