Wajarkah ‘Virginity Test’ Dilakukan Untuk Semak Status Dara Wanita?

Ujian dara atau sering disebut sebagai virginity test cukup popular di luar negara tetapi tidak di Malaysia. Hal ini demikian kerana negara kita memang tidak menyokong ujian tersebut memandangkan ia dianggap mencabul hak asasi seorang wanita di samping mengundang malu kepada mereka.

Namun begitu, sesetengah negara tetap mengamalkan ujian ini meskipun ia mendapat tentangan hebat daripada penduduk. Salah satu negara yang mengamalkan virginity test ialah Indonesia.

Terdahulu, kecoh apabila wanita di negara itu dilaporkan perlu menjalani virginity test bagi melayakkan diri sebagai seorang tentera.

Selain Indonesia, terdapat banyak lagi negara lain yang mengamalkan ujian ini. Ia turut mendapat tentangan keras daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikut kami kongsikan fakta mengenai virginity test:

1. Virginity test menggunakan kaedah dua jari di mana ia dianggap tidak berasas dan boleh mendatangkan kerosakan serta mencabul hak seorang wanita.

2. Ujian ini tidak pernah dilakukan di Malaysia tetapi ia diamalkan di beberapa negara termasuklah Afghanistan, Bangladesh, Mesir, India, Indonesia, Iran, Jordan, Palestin, Afrika Selatan, Sri Lanka, Swaziland, Turkey dan Uganda.

3. Di Indonesia, wanita yang bergelar anggota polis akan diuji dengan ujian ini. Malah, ia juga pernah dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah di Sumatera Selatan sebagai langkah untuk mencegah maksiat di daerah tersebut.

4. Di Afrika, ujian ini dilakukan sebagai rutin sebelum majlis perkahwinan. Wanita yang lebih berusia akan memeriksa bakal pengantin perempuan bagi memastikan mereka masih dara.

5. Di Bangladesh, Pakistan dan India, ujian ini pernah dilakukan bagi memeriksa status dara mangsa rogol.

6. Bermula pada tahun 2018, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan WHO telah melancarkan kempen khas bagi memastikan ujian kejam ini dihentikan.

Selain mencabul hak kehormatan wanita, ujian ini juga dikatakan boleh mendatangkan pelbagai impak buruk terhadap individu tersebut termasuklah trauma, jangkitan kuman dan juga kemurungan.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang gagal untuk mendapatkan status ‘masih dara’ selepas menjalani ujian tersebut akan dikenakan denda.

Jadi, apa pendapat anda semua? Wajarkah virginity test ini dilakukan?

Artikel Lain Untuk Di Baca