Wajah Yuna Sekali Lagi Hiasi ‘Billboard’ Kota New York

Wajah penyanyi yang semakin menempa nama di Amerika Syarikat iaitu Yuna sekali lagi menghiasi papan iklan gergasi yang terletak di tengah-tengah kota New York, Amerika Syarikat.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai terharu dan meluahkan rasa bangga selepas aplikasi muzik terkenal Spotify memilih dirinya untuk mewakili orang Asia menerusi kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

“Lihat, ibu! Wajah saya berada di seluruh New York! Terima kasih, Spotify kerana selalu menjadikan saya sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya bangga menjadi orang Asia,” luahnya menerusi sebuah coretan di laman Instagram.

Yuna bagaimanapun tidak dapat melihat sendiri papan iklan gergasi itu kerana tidak berada di New York pada masa ini.

“Saya harap sangat boleh berada di New York untuk menyaksikannya sendiri. Saya sering terlepas momen-momen wajah saya terpapar di billboard yang terletak di New York,” tambahnya.

Kami kongsikan potret Yuna yang menghiasi papan iklan gergasi di New York menerusi artikel ini:

Untuk rekod, penyanyi Dan Sebenarnya itu pernah mewarnai lokasi ikonik Times Square di New York buat pertama kali pada tahun 2016. Yuna sekali lagi menghiasi lokasi yang sama pada tahun 2019 untuk pelancaran album keempat antarabangsa iaitu Rouge. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yuna atas pencapaian beliau!

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Yuna, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca