Wajah Wanita Dari Zaman Neolitik Iaitu 7,500 Tahun Lalu Berjaya Dicipta Semula Melalui Tengkorak

Sekumpulan saintis berjaya mencipta semula wajah seorang wanita berusia 7,500 dari zaman Neolitik berdasarkan tengkorak yang ditemui berhampiran Gibraltar.

Tengkorak milik wanita bernama Calpeia itu ditemui di sebuh gua pada tahun 1996. Menurut laporan, Calpeia berasal dari Anatolia.

Individu penting yang terlibat dalam pembinaan Muzium Negara Gribraltar itu menerangkan bahawa projek berkenaan mengambil masa kira-kira enam bulan.

Saintis menganalisis sebahagian DNA Calpeia berdasarkan serpihan tengkorak untuk mengetahui bagaimana rupa sebenarnya ketika masih hidup.

Menurut Profesor Clive, wanita itu hidup sekitar 5,400 sebelum Masihi dan mempunyai ciri-ciri gelap.

“90 peratus daripada gennya berasal dari Turki moden manakala baki 10 peratus lagi berasal dari Mesolitik tempatan,” katanya.

Memang pasti Calpeia secantik ini ketika hidup? Mengalahkan wanita moden pula.

Artikel Lain Untuk Di Baca