Bagaikan Bidadari, Ini 11 Wajah Selebriti Malaysia Tanpa Mekap

Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa lelaki lebih gemar melihat wanita berpenampilan sederhana dan tidak memakai mekap. Namun begitu, ia bukanlah bermaksud penampilan tidak kemas atau serabai tetapi lebih kepada gaya yang sederhana. Mungkin cukup sekadar mengenakan bedak nipis dan secalit gincu pada bibir.

Bagi mereka, ia sudah cukup untuk memperlihatkan kecantikan sebenar para wanita di luar sana. Namun begitu, tidak semua yang berpendapat sedemikian. Ada juga segelintir lelaki yang gemar ‘cuci mata’ melihat wanita yang mengenakan mekap tebal. Dalam hal ini, masing-masing kena tepuk dada tanya selera.

Dalam dunia hiburan, paras rupa merupakan salah satu bonus untuk para selebriti. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak yang mementingkan paras rupa berbanding bakat dalam diri seseorang selebriti itu. Dalam erti kata lain, kalau ada rupa mesti boleh cari makan dalam dunia lakonan atau nyanyian ini.

Pada masa yang sama, ramai juga yang menganggap bahawa artis di Malaysia ini hanya kelihatan cantik dengan pertolongan mekap semata-mata. Siapa kata selebriti Malaysia hanya cantik kerana mekap? Kali ini, kami kongsikan 11 selebriti yang tetap cantik walaupun tanpa mengenakan sebarang mekap:

1. Fazura

2. Izara Aishah

3. Nelydia Senrose

4. Rita Rudaini

5. Diana Danielle

6. Neelofa

7. Anzalna Nasir

8. Emma Maembong

9. Scha Alyahya

10. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

11. Nora Danish

Walaupun tidak mengenakan sebarang mekap, mereka semua kelihatan sangat cantik, bukan? Jadi, mana satu yang menjadi pilihan anda?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca