Wajah Mirip Banduan Lari Penjara, Lelaki Ini Ditangkap Polis 5 Kali Dalam 3 Hari

Walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan, seorang lelaki di Baicheng, China mempunyai nasib yang malang apabila ditangkap polis sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari.

Pihak polis telah menangkap lelaki itu kerana wajah dan ekspresi mukanya dikatakan mirip seorang banduan yang melarikan diri dari penjara.

Xianjian (kiri) dan lelaki yang disalah sangka sebagai Xianjian (kanan). Sumber: Oddity Central

Memetik laporan Global Times, penjenayah yang dikenali sebagai Zhu Xianjian itu berjaya melarikan diri dari penjara pada 18 Oktober lalu.

India Times melaporkan penjenayah dari Korea Utara itu dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun kerana telah memasuki China secara haram pada tahun 2013 dan turut ditahan atas beberapa kesalahan lain termasuk rompakan.

Pihak polis terpaksa menawarkan ganjaran sebanyak 700,000 yuan (RM464,839) kepada individu yang memberi maklumat tentang banduan berusia 39 tahun itu yang boleh membawa kepada penahanan lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi seorang lelaki dari Baicheng di wilayah Jilin, China apabila ada orang melaporkan dirinya sebagai penjenayah yang terlepas itu kepada pihak polis.

Ini kerana foto Xianjian dan ganjaran lumayan yang ditawarkan oleh pihak berkuasa untuk maklumat tentang keberadaan penjenayah tersebut menjadi tajuk utama berita di stesen televisyen seluruh wilayah Jilin.

Xianjian. Sumber: Banned Book

Disebabkan wajah dan potongan rambutnya dikatakan sama dengan Xianjian, lelaki itu mencuri perhatian orang ramai sehingga diberkas polis sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Mimpi ngeri lelaki itu akhirnya berakhir selepas pihak polis berjaya menangkap Xianjian yang sebenar pada 28 November lalu. Xianjian yang sepatutnya dibebaskan dalam masa dua tahun difahamkan kini terpaksa menjalani tempoh tahanan tambahan di penjara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca