Wajah Kelihatan Seperti Lanjut Usia, Gadis Ini Terkilan Sering Dikomen

wajah-kelihatan-seperti-lanjut-usia-gadis-ini-terkilan-sering-dikomen

Seorang remaja perempuan yang baru berumur 16 tahun namun raut wajahnya kelihatan seperti wanita usia 50 tahun. Kenyataan yang tidak dapat dinafikan tetapi itulah keadaan aneh dialami oleh Raizel Calago dari Filipina ini.

Difahamkan, keadaan yang dialaminya adalah disebabkan gangguan genetik yang jarang-jarang berlaku. Perubahan yang berlaku pada wajahnya menjadi seperti wanita pertengahan tahun hanya mengambil masa dua tahun sahaja.

Memetik portal GMA dalam episod Kapuso Mo, Jessica Soho, Raizel Calago mengatakan bahawa dia mula menyertai pertandingan kecantikan ketika berusia 14 tahun disebabkan penampilannya yang matang.

Namun kedutan mula timbul di bahagian wajah, leher, lengan dan perutnya selepas beberapa hari mengalami ruam pada tubuhnya.

wajah-kelihatan-seperti-lanjut-usia-gadis-ini-terkilan-sering-dikomen
Sumber: Nangtime

“Ini seperti kulit tembikai yang pahit kerana ia benar-benar berkedut.”

“Pada mulanya, tompok merah-merah dan gatal pada tubuh saya dan rasa sakit apabila disentuh,” ujar Raizel.

Terdahulu, Raizel pernah menjalani pemeriksaan doktor dan diberitahu bahawa penyakitnya itu diperolehi daripada serangga. Meskipun ada diberi ubat, tetapi ianya tidak memberi sebarang kesan.

Walaupun Raizel sebenarnya baru berusia belasan tahun, namun dia sering dikomen orang disebabkan wajahnya seperti berusia 50 tahun.

Ibunya, Joela, 36, turut bersedih dan terasa sakit hati apabila orang sering memberitahu anak perempuannya yang kelihatan lebih tua daripadanya.

Selain perubahan fizikal, Raizel juga menderita sakit belakang. Dia akan menutup wajah serta tubuhnya menggunakan pelitup muka dan jaket setiap kali keluar rumah.

Apabila orang bertanya mengapa penampilannya semakin tua, Raizel tidak mampu untuk menjawab kerana dia sendiri juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap dirinya. Kini Raizel menjadi malu untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

Raizel berharap agar penampilannya boleh kembali normal dan pulih seperti dahulu. Pada masa yang sama, dia tidak menyalahkan ibu bapanya atas keadaan yang dialaminya.

Ahli endokrinologi klinikal, Dr James Young yang merawat Raizel menerusi diagnosis awal menyatakan keadaan itu adalah disebabkan progeria.

Menurut Dr James, progeria juga boleh menyebabkan penyakit lain dan ujian makmal masih diperlukan.

“Satu masalah yang kita jangkakan adalah serangan atau kegagalan jantung yang turut menjadi punca peningkatan risiko strok,” katanya sambil menambahkan perkara ini biasa dialami pesakit pada usia 14 tahun.

Memetik laporan portal Nangtime, Dr James mengatakan amat penting untuk memeriksa bahagian lain pada tubuh Raizel meskipun dia tiada mengalami masalah kardiovaskular.

“Kami ingin tahu apakah ada perubahan kepadatan tulangnya kerana osteoporosis sangat biasa dalam kalangan pesakit progeria.”

“Penyakit sendi degeneratif sering terjadi akibat penuaan,” katanya.

Semoga keadaan atau penyakit yang dialami oleh gadis ini boleh diubati dan ada penawarnya.

Sumber: Youtube

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca