“Wahai Bapa, Jadilah Hero Lindungi Keluarga.” – Dr. Noor Hisham

Hari Bapa yang disambut pada 21 Jun setiap tahun pastinya memberi sedikit kelainan pada tahun ini. Hal ini berikutan pendemik COVID-19 yang melanda dunia sehingga memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita semua.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa di Malaysia di akaun Twitter miliknya.

Dalam ucapan tersebut, Dr. Noor Hisham turut mengingatkan bahawa golongan bapa mempunyai peranan yang besar dalam memastikan ahli keluarga selamat daripada virus maut itu.

“Saya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah ingin mengucapkan selamat Hari Bapa dengan tema ‘Bapaku Pemimpin Keluarga Sejahtera’ kepada seluruh kaum bapa di Malaysia terutamanya petugas barisan hadapan.

“Saya percaya dengan keadaan negara dan seluruh dunia yang sedang menghadapi pandemik COVID-19, para bapa sekalian berperanan sebagai ketua keluarga dan hero dalam melindungi keluarga anda daripada penyebaran wabak yg tidak kelihatan ini,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham turut menyeru golongan bapa berganding bahu bersama-sama memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Anda semua bapa yang hebat. Selamat Hari Bapa. Bapaku pemimpinku, kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga negara kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Dr. Noor Hisham Abdullah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca