Siapa cakap Malaysia tak mampu raih kemenangan dalam pertandingan yang berprestij di dunia? Buktinya, Malaysia telah berjaya memenangi trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung di Lyon, Perancis pada 27 hingga 28 Januari yang lalu. Bagaimanapun, kemenangan ini adalah merupakan kali ke-30 yang diasakan oleh Gabriel Paillason. Malaysia telah meletakkan 3 nama chef yang terbaik untuk mewakili pertandingan ini dan mereka berjaya menewaskan wakil dari Jepun dan Itali dalam pusingan akhir yang berlangsung kemarin.
Kejayaan yang dirangkul oleh ketiga-tiga chef pastri iaitu Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi telah mengukir sejarah selepas berjaya menewaskan tuan rumah yang sebelum ini bergelar juara untuk edisi 2017.
Selain itu, setiap negara yang diwakili oleh 3 peserta hanya diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa hidangan. Antaranya adalah 3 pencuci mulut coklat yang mengikuti cara Valrhona, 19 jenis pencucui mulut yang dihidangkan di atas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Tambahan pula, untuk pertandingan kali ini, penganjur telah menampilkan pelbagai kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.
Di bawah merupakan perkongsian daripada Typical Malaysian yang dipetik menerusi akaun Twitter miliknya dan perkara ini juga turut dikongsikan oleh Cmpatisserie melaui akaun Instagram .
Team Malaysia wins the World Cup Of Pastry 2019. Malaysia beat 20 other countries after 10 hours of competition and 6 different challenges!
Huge respect to the whole team. We are the World Champion! 🇲🇾👏🏻 pic.twitter.com/PrVn0LNzDv
— Typical Malaysian (@TypicalMsian) January 29, 2019
View this post on InstagramA post shared by Coupe du Monde Pâtisserie (@cmpatisserie) on
Tahniah team Malaysia!
Sumber: Twitter Typical Malaysia dan Instagram Cmpatisserie