Wabak Virus Dari Wuhan, Malaysia Kini Berjaga-Jaga

Pasukan bertindak Malaysia yang ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutamanya Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan berlakunya wabak coronavirus di Wuhan, China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam akaun Facebooknya berkata, alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA kini diletakkan pada pemantauan tahap yang tertinggi.

Beliau berkata, pelbagai unit kesihatan yang ditempatkan di lapangan terbang KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain adalah berperanan bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit yang berjangkit daripada kawasan yang berisiko tinggi.

Malah, media antarabangsa melaporkan 139 kes baharu berhubung dengan coronavirus dikesan pada hujung minggu yang lalu sejak virus itu dikesan pada bulan Disember 2019 di Wuhan.

Setakat ini, tiga orang mati di China, dengan dua kes dilaporkan di Thailand dan satu di Jepun.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, keadaan influenza yang dilaporkan di Malaysia masih terkawal dan ia tiada kaitan dengan wabak itu di Wuhan.

Tetapi KKM akan terus mengawasi keadaan jangkitan kuman dan mengemas kini semua maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk baca artikel yang berkaitan kementerian kesihatan, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca