Wabak COVID-19 Ragut Nyawa Ibu Pep Guardiola

Ibu kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat pandemik COVID-19.

“Manchester City terkejut dengan laporan kematian ibu Pep iaitu Dolors Sala Carrio di Manresa, Barcelona kerana virus COVID-19.

“Semua orang di kelab Manchester City menzahirkan rasa simpati pada masa yang paling menyedihkan untuk Pep, keluarganya dan semua rakan mereka,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan di laman sosial Twitter.

Pada bulan lalu, pengendali kelab The Cityzens yang berusia 49 tahun itu mendermakan sebanyak RM4.7 juta untuk pembelian perubatan bagi menangani penularan wabak COVID-19 di kampung halamannya.

Pada minggu lepas, Pep turut memuat naik satu video di Instagram miliknya di mana dia meminta peminat kelab itu supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan kematian akibat virus ini di Sepanyol telah mencecah 13,055 orang sekali gus menjadikan negara itu mencatat kes kedua tertinggi selepas Itali.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Dolors Sala Carrio. Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca