“Wabak COVID-19 Belum Ada Penawar, Datang Pula Wabak Kemaruk Kuasa.” – Ustaz Kazim Elias

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara pada ketika ini di sebalik penularan wabak COVID-19 yang membunuh ribuan orang di seluruh dunia.

Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau menzahirkan rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku terhadap negara.

“Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.

“Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian,” tulis beliau.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Dato’ Mohd Kazim Elias berkata, ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus pembunuh itu, sewajarnya ahli politik berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara.

Namun, apa yang berlaku adalah yang sebaliknya.

“Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.

“Bekerjasama semua supaya COVID-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

“Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?” soalnya.

Sementara itu, tinjaun kami di ruangan komen mendapati rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Ustaz Kazim.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca