Search
Close this search box.

Wabak Cacar Monyet Dikesan Menular Sekitar Amerika Utara Dan Eropah

Pihak berkuasa Amerika Utara dan Eropah telah mengesan puluhan kes disyaki jangkitan virus monkeypox atau lebih dikenali sebagai cacar monyet sejak awal Mei ini.

Situasi ini telah mendatangkan rasa risau kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana cacar monyet kini dianggap endemik di Afrika.

Kanada adalah negara terbaharu melaporkan penyakit ini dan sedang menyiasat puluhan kes disyaki cacar monyet selepas Sepanyol dan Portugas mengesan lebih 40 kes ini.

Portugal dan Sepanyol sebelum ini tidak mempunyai sejarah kes cacar monyet.

Monkeypox adalah wabak yang pertama kali ditemui pada monyet pada tahun 1958.

Virus ini kemudiannya merebak dari haiwan ke manusia sehingga ia menyebabkan gejala demam dan ruam berisi cecair pada kulit dengan kadar kematian 1-10 peratus.

Seseorang boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air liur, cecair dalam nodul kulit, atau objek yang telah tercemar.

Penyakit ini akan pulih dalam tempoh beberapa minggu dan jarang menyebabkan kematian.

Ianya telah menjangkiti orang ramai di Afrika Tengah dan Barat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jarang berlaku di Amerika Utara dan Eropah.

Pakar kesihatan awam Profesor Jimmy Whitworth dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, menjelaskan bahawa terdapat satu teori popular yang nampak berkait dengan kes ini.

“Disebabkan tiada lagi sekatan terhadap pandemik COVID-19. Orang ramai mula melakukan aktiviti seperti biasa sehingga kemudiannya dijangkiti penyakit yang sebelum ini dianggap endemik.

Teori yang saya kaji mungkin terdapat banyak penyakit ini di Afrika Barat atau Tengah, kemudian perjalanan ke luar negara dibenarkan, akhirnya kes muncul di mana-mana,” kata Profesor Jimmy.

“Penyakit ini tidak akan menyebabkan wabak besar seperti COVID, tetapi ia masih merupakan wabak penyakit yang serius jadi ia perlu diberi perhatian sepenuhnya,” akhirinya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca