VVIP Cuba Potong Barisan Untuk Terima Suntikan Vaksin COVID-19, Ini Respons Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin menegaskan pihaknya memandang serius isu potongan barisan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang melibatkan individu kenamaan.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah supaya isu pemotongan barisan tidak berlaku lagi.

“Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara anonymous terus kepada saya di [email protected] dan saya akan siasat. Pasukan saya sentiasa memantau semua komen daripada pemberi maklumat di media sosial berkenaan isu pemotongan barisan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sumber: Instagram @khairykj

Saya telah berkongsi perkara ini bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Chong Chee Kheong. Kami memandang serius kepada semua pendedahan tersebut,” ujar beliau menerusi sebuah bebenang di laman Twitter.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan bahawa individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Wakil rakyat juga disarankan untuk mengambil vaksin secara berperingkat.

“Wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Apa yang menjadi isu sekarang ialah VVIP yang bukan wakil rakyat pun mahu masuk senarai. Itu tidak boleh.

Saya juga minta semua wakil rakyat ambil secara berperingkat. Ada negeri yang berikan suntikan vaksin secara one shot kepada semua EXCO dan itu tidak bagus,” ujar Khairy.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menyatakan keluhan terhadap sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri:

Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca