Vokalis Utama BTS, Jungkook Disiasat Polis Kerana Sebabkan Kemalangan

Salah seorang anggota kumpulan ikonik K-Pop, BTS iaitu Jungkook disiasat pihak polis selepas mengaku menyebabkan kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebuah teksi.

Menurut pengurus Big Hit Entertainment, sewaktu kejadian yang berlaku pada minggu lalu, vokalis utama BTS itu dilaporkan sedang memandu di Seoul sebelum melanggar sebuah teksi akibat kesilapan yang dilakukannya.

Penyanyi berusia 22 tahun itu kini sedang disiasat pihak polis selepas mengakui kesalahan trafik yang dilakukannya itu.

“Kedua-dua mangsa dan Jungkook tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Big Hit menerusi satu kenyataan.

“Beliau memberi kenyataan di jabatan polis terbabit dan mencapai satu persetujuan yang munasabah dengan mangsa,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jung-kook turut meminta maaf kepada mangsa dan peminatnya.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menjelaskan punca kemalangan. Namun begitu, laporan media tempatan melaporkan bahawa Jungkook telah melanggar isyarat lalu lintas.

Untuk rekod, BTS atau Bangtan Boys yang dianggotai 7 jejaka kacak itu menerajui gelombang muzik pop Korea masa kini dengan tiga album nombor satu di carta Billboard dalam masa kurang dari satu tahun. Malah, mereka turut dicalonkan dalam Anugerah Grammy 2019.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca