Vivy Yusof Dikecam Selepas Didakwa Meniru Idea Rekaan Tudung Jenama Tempatan

Vivy Yusof adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen dan perniagaan tudung. Lebih-lebih lagi namanya sering dikaitkan dengan isu-isu kontroversi yang membuat pelanggan dan peminat mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang usahawan.

Semalam, Vivy telah melancarkan rekaan terbaharu tudung Duck. Namun, beliau telah didakwa meniru idea rekaan tudung seorang artis (artist) iaitu Sleepylllama atau dikenali sebagai Nia dari rekaan koleksinya dua tahun lepas.

Isu tersebut mendapat perhatian warganet apabila Nia telah memuat naik gambar di laman sosial Instagram untuk membandingkan rekaan dan konsep photoshoot miliknya dengan koleksi terbaru yang digunakan Vivy, The Artsy Duck.

Walau bagaimanapun, Vivy telah menafikan dakwaan bahawa beliau mencuri idea dari studio tersebut dan rekaan tudungnya itu adalah rekaan asli yang telah digunakan untuk satu produk Duck yang dikeluarkan pada 2018.

Vivy juga berkata sementara tudung dari Sleepylllama dikeluarkan pada Disember 2018, produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun tahun yang sama.

Berikutan itu, Nia juga tampil menunjukkan bukti e-mel di mana rekaannya telah dibincangkan sejak bulan Mei. Menurut Nia, walaupun koleksi tudungnya dilancarkan pada bulan Disember tetapi proses perbincangan telah bermula seawal bulan Mei 2018. Proses untuk menghasilkan rekaan dan konsep memakan masa, idea dan tenaga. Siapa yang tidak kecewa dan marah apabila rekaan dan konsep ditiru begitu sahaja.

Rata-rata warganet mempunyai pendapat yang berbeza dan menimbulkan pendebatan. Ada yang mengatakan konsep yang ditonjolkan sama tetapi rekaan sedikit berbeza dan juga sebaliknya. Malah, ada juga yang berasa tidak sepatutnya perkara seperti meniru idea rekaan orang lain berlaku.

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan creative team Duck yang sudah banyak kali menimbulkan kontroversi seperti ini dan seharusnya Vivy mencari creative team baharu.

Sebelum ini turut tular di media sosial apabila Fashion Valet dikatakan telah meniru rekaan pereka untuk jenama kecil yang menjual produk mereka di Fashion Valet. Apabila Vivy dihubunginya tiga tahun lalu, Vivy tidak melakukan apa-apa berkenaan isu yang dibangkitkan.

Pastinya isu mencuri idea orang lain ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif. Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kes ini dengan baik.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca