Vivy Yusof Buat Bazar Dalam Talian Secara Percuma Sepanjang Ramadan

Usahawan terkenal iaitu Datin Vivy Yusof mengambil inisiatif membantu golongan peniaga untuk menjual makanan sepanjang bulan Ramadan secara dalam talian menerusi penganjuran FVBazaar.
 
Menurutnya, perkhidmatan yang disediakan di platform perniagaan dalam talian Fashion Valet (FV) itu adalah secara percuma tanpa melibatkan sebarang pengambilan komisen atau bayaran.


“Ramai pengusaha makanan dan minuman tempatan mengirim mesej kepada saya untuk mempromosikan produk mereka. Saya tidak mampu untuk membantu kesemuanya, jadi ini merupakan inisiatif yang saya harap akan membantu mereka di luar sana dengan lebih ramai lagi.
 
“FV tidak akan mengambil komisen atau mengenakan sebarang caj. Ia adalah percuma. Matlamat kami ialah untuk menghubungkan para peniaga dengan pelanggan.
 
“Kami akan menganjurkan FVBazaar, sebuah bazar Ramadan dalam talian yang akan menggunakan laman web kami bermula 17 April,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Menurut Vivy sejak diumumkan semalam, pihaknya sudah menerima beberapa permohonan yang menjual biskut, kek, sate, minuman, kuih dan macam-macam lagi.

Inisiatif yang dibuat oleh Vivy ini memang harus dipuji dan dicontohi. Diharapkan ramai lagi golongan berkemampuan membantu peniaga-peniaga tempatan untuk berniaga sewaktu bulan Ramadan nanti.

Untuk baca artikel lain mengenai Vivy Yusof, anda boleh klik pada pautan di bawah:


Artikel Lain Untuk Di Baca