[Video] Zarina Anjoulie Sindir ‘Artis’ Tayang Harta Mewah Tapi Minta Bantuan Kerajaan

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis yang ingin meminta bantuan kerajaan kerana terdapat penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan akibat tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai artis termasuklah Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.

Menurutnya, artis sepatutnya memohon bantuan daripada persatuan seni seperti Persatuan Seniman atau mana-mana rakan selebriti.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.

Rata-rata warganet menyokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara. 

Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana warganet menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar sana dan memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan artis tempatan, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca