Tular di laman media sosial Twitter tentang rakaman video seorang YouTuber, Daisy Marquez apabila tiba-tiba diganggu oleh entiti misteri.
YouTuber yang juga merupakan seorang model berasal dari luar negara itu dilihat sedang asyik bercakap mengenai set penjagaan kecantikan terbaharu di pasaran.
Bagaimanapun, semasa video tersebut sedang dirakam, pintu yang berada di belakang wanita itu tiba-tiba sahaja terbuka dengan sendirinya.
Dia yang pada itu sedang berhadapan dengan skrin telefon pastinya melihat jelas apa yang berlaku di belakangnya.
Lantas, Daisy kelihatan begitu terkejut dan kehilangan kata-kata. Dia kemudiannya membuka pintu tersebut dengan luas untuk melihat gerangan di sebalik kejadian itu.
Malangnya, tiada siapa pun yang dapat dilihat oleh Daisy.
I was in the middle of filming a sponsorship and this just happened… pic.twitter.com/EPZ9Xpkaao
— Daisy Marquez (@daisymarquez_) November 26, 2019
Video tersebut kemudiannya dimuat naik oleh wanita berkenaan menerusi akaun Twitternya, Daisy Marquez dan memperoleh sebanyak 3.6 juta tontonan.
Penulis tengok rakaman Daisy pun rasa seram. Anda semua bagaimana?