[Video] Wanita Ini Jilat Tandas Demi ‘Coronavirus Challenge’

Sewaktu dunia sedang risau tentang penyebaran wabak COVID-19, ada segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab telah membuat satu tindakan yang menjijikkan demi mendapat publisiti.

Wanita yang dikenali sebagai Avalouiise ini telah memuat naik satu video berdurasi enam saat di laman aplikasi Tiktok di mana beliau telah menjilat mangkuk tandas di kapal terbang tanpa sebarang alas.

Hal ini telah membuatkan warganet berang dan jijik dengan perlakuan beliau. “Dia patut ditangkap sebab menggalakkan orang lain untuk buat sekali!” antara respons daripada warganet yang tidak mahu Coronavirus Challenge ini menjadi ikutan kepada golongan muda yang lain.

Walau bagaimanapun, Avalouiise mempertahankan dirinya dengan memberitahu bahawa tandas itu telah dicuci sebanyak 40 minit dengan menggunakan cecair peluntur Clorox sebelum menjilatnya. Selain itu, beliau juga kelihatan bangga dengan publisiti yang diraihnya melalui laman akaun Instagramnya.

Sekalipun inginkan publisiti, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran tidak seharusnya menggalak cabaran yang kotor dan berpotensi mengakibatkan jangkitan seperti ini. Sebaliknya, golongan yang berpengaruh di laman media sosial perlu menggunakan platform ini untuk menjadi role model yang baik kepada masyarakat.

Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca