Video Tular Pengunjung Menari Langgar SOP, Polis Siasat Penganjur Konsert Di Ayer Hitam

Pihak polis akan mengenal pasti penganjur dan individu yang terlibat berhubung isu video yang tular mengenai anjuran konsert bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Johor Comm Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menjalankan siasatan susulan video tular menunjukkan orang ramai menari di majlis itu.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penganjuran konsert tersebut setakat ini.

“Saya ingin mengingatkan penganjur agar tidak membuat sebarang program yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai. Jika mereka berbuat demikian, kami akan menjalankan siasatan terhadap mereka.

“Jadi dalam kes ini, jelas sekali mereka gagal mematuhi Akta 342 semasa berpesta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor pada hari ini.

Video berdurasi 29 minit yang tular di media sosial menunjukkan aksi sekumpulan anak muda berseronok sambil menyanyi dan menari tanpa sebarang penjarakan fizikal.

Difahamkan, konsert tersebut berlangsung sempena Jelajah Program RIUH EK! Keluarga Malaysia di Ayer Hitam, Johor yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Konsert itu juga dipercayai dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada 4 Mac lalu.

Walaupun polis tidak menerima maklumat rasmi mengenai perkara itu, siasatan masih akan dijalankan dan mereka akan memanggil penganjur acara tersebut.

@seragamhitam_

MNTA BANTUAN KMU SEMUA TAG KHAIRYKJ.MINTA JAWAPAN DARI DIA.KENAPA INI DI BEBAS KAN DAN KENAPA MASJID RMAH ALLAH TAK DI BEBASKAN UNTUK SOLAT #khairykj

♬ bunyi asal – seragamhitam_😎 – seragamhitam_😎

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca