[Video] “Tolong Bawa Ayah Dan Ibu Kami Pulang”, Rayuan Anak-Anak Etnik Uyghur Ini Meruntun Hati Warganet

Saban hari, semakin banyak berita mengenai penindasan yang dilakukan China terhadap etnik minoriti Muslim Uyghur dihidangkan kepada dunia.

Antara kezaliman yang dilakukan oleh China termasuklah memasukkan etnik ini ke dalam sebuah kem yang kononnya dibina khas untuk mendisiplinkan golongan berkenaan. Menurut anggaran, kira-kira hampir satu juta kaum Uyghur sudah dicekup dan dihumban ke dalam sebuah ‘pusat latihan vokasional’ yang dibina China.

Selain diseksa dengan teruk, terdapat juga laporan yang mengatakan isteri-isteri golongan Uyghur dipaksa untuk tidur bersama lelaki China sementara suami mereka ditahan di kem. Malah, ramai anak-anak yang sudah dipisahkan daripada ibu bapa mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan anak-anak etnik Uyghur menangis dan merayu supaya warga dunia menyalurkan bantuan selepas kedua orang tua mereka ditahan oleh China.

Menerusi rakaman terbabit, kanak-kanak dilihat menangis kerana terlalu rindu akan ibu bapa mereka. Ekoran daripada penangkapan tanpa sebab munasabah itu, ramai anak-anak kecil Uyghur yang kini hidup ibarat yatim piatu.

Rakaman video berdurasi 49 saat itu kini tular di internet dan telah berjaya menyentuh hati warganet. Rata-ratanya mengecam teruk tindakan China dan berdoa agar penindasan terhadap etnik ini akan berakhir kelak.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca