[Video] Tidak Tahan Diganggu, Lelaki Ini Letak Kamera Untuk Lihat Apa Yang Sebenarnya Berlaku Di Rumahnya

Pernah tak anda semua rasa diri sedang diperhati meskipun duduk berseorangan ketika itu? Makhluk halus itu sememangnya wujud tapi tidak semua boleh melihatnya. Mereka yang dibuka hijab sahaja boleh melihatnya. Mungkin ketika penulis sedang menulis artikel ini, ada yang memerhati di sebelah. Atau mungkin juga di saat anda sedang membaca coretan ini, ada yang tumpang membaca sekali.

Menerusi laman Twitter, seorang lelaki memberitahu bahawa dirinya sering diganggu ‘sesuatu’ di apartmennya. Lelaki yang dikenali sebagai Adam Ellis itu mendakwa satu perasaan pelik dan gementar sering wujud setiap kali dia berada di dalam rumahnya. Adam sentiasa berasa ada ‘penghuni’ lain di rumah itu walaupun pada hakikatnya, dia tinggal seorang diri.

Bagi meletakkan titik noktah terhadap persoalan yang menghuni fikirannya sejak sekian lama, Adam mengambil keputusan untuk meletakkan kamera di ruang tamu. Ia bertujuan untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi sewaktu dia tidur.

Bangun sahaja daripada tidur, Adam terus memeriksa rakaman kamera yang dibiarkan terpasang malam tadi. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk tidak menonton video di bawah seorang diri.

Menerusi rakaman tersebut, salah seekor kucing peliharaan Adam dilihat tiba-tiba melompat seolah-olah ia mengelak daripada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan masa kasar. Mungkin hanya kucing itu sahaja yang nampak mahkluk itu.

Keesokan harinya, Adam melakukan perkara yang sama iaitu meletakkan kamera di ruang tamu memandangkan persoalannya tentang ‘penghuni’ lain di kediamannya itu masih belum terjawab.

Sekali lagi, kucing peliharannya yang diberi nama Maxwell kelihatan tidak dapat duduk dengan tenang seolah-olah ada sesuatu yang mengganggunya.

Tidak cukup dengan itu, pokok kaktus juga tiba-tiba terjatuh seolah-olah ditolak sesuatu. Nak salahkan angin, tingkap dan pintu semuanya tertutup rapat.

Selain itu, kerusi juga dilihat bergerak seakan-akan ada sesuatu yang sedang duduk di atasnya.

Walau bagaimanapun, sampai sekarang tidak terjawab apa sebenarnya yang tinggal bersama-sama dengan Adam. Ini kalau kena dekat sesetengah individu yang penakut, esok confirm terus pindah rumah!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca