[Video] Tiada Tanda Amaran Diletakkan, Kanak-Kanak 5 Tahun Ini Meninggal Dunia Lepas Jatuh Dari Jambatan

Kegembiraan sebuah keluarga semasa sedang bercuti bersama berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas terjatu dari sebuah jambatan yang belum siap.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku pada Ahad, 1 Disember lalu di Penampang, Sabah. Beberapa minit sebelum insiden, keluarga berkenaan sedang makan tengah hari di tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan kira-kira jam 3.40 petang.

Usai menjamu selera, si ibu membenarkan dua orang anaknya untuk berjalan-jalan di koridor berdekatan sambil diekorinya.

Menerusi sebuah rakaman video, dua beradik terbabit yang masing-masing berusia tiga tahun dan satu tahun tujuh bulan dapat dilihat sedang berjalan berpegangan tangan menuju ke sebuah jambatan yang menghubungkan dua bangunan di situ.

Difahamkan, beberapa minit sebelum insiden, kanak-kanak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan itu berlari sedikit laju berbanding saudaranya sebelum tiba-tiba terjatuh dari tingkat lima bangunan melalui sebuah lubang pada jambatan berkenaan.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital sejurus insiden itu, namun, disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang.

Walau bagaimanapun, keluarga yang masih bersedih dengan kejadian tersebut mendapat pengkhabaran yang kurang senang apabila sebuah akhbar bahasa Cina di negeri terbabit melaporkan bahawa mangsa sebenarnya diabaikan ibunya sehingga kemalangan berkenaan berlaku.

Meskipun begitu, satu kenyataan daripada pihak polis yang sudah dibuat oleh si ibu sejurus kejadian berjaya menangkis dakwaan akhbar terbabit.

Si ibu tidak membiarkan anaknya seperti yang dikatakan tetapi dia sedang merakam aksi anaknya yang berada di hadapan. Dalam laporan polis, si ibu menyatakan dia tidak melihat apa-apa tanda amaran yang memberitahu jambatan terbabit sebenarnya masih dalam proses pembinaan,” ujar Roger Chow yakni bapa saudara kepada mangsa.

Penulis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa dan berharap siasatan terperinci dijalankan bagi membela kematian kanak-kanak itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca