[Video] Terpesona Dengan Laungan Azan, Lelaki Bertatu Ini Curi Perhatian Warganet

Kemerduan laungan azan di Masjid Sheikh Zayed yang bertempat di Abu Dhabi berjaya mencuri perhatian seorang lelaki di mana dia menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat indah.

View this post on Instagram

امتنان 🇦🇪 gratitude

A post shared by Winnie 🍯 (@winniethejroo) on

Lelaki yang juga merupakan seorang pelukis tatu itu memuat naik laungan azan itu di aplikasi TikTok selain beberapa keping foto berlatarbelakangkan masjid berkenaan di laman Instagram.

Apa yang membuatkan warganet tertarik dengan perkongsian lelaki itu adalah kerana badannya yang dipenuhi dengan tatu. Dia dikatakan sanggup berhenti di hadapan masjid itu semata-mata mahu menghayati alunan azan yang berkumandang.

“Anda mendengarnya? Ini tempat solat di masjid besar di Abu Dhabi dan ia sungguh indah,” katanya menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter yang berasa kagum dengan lelaki tersebut telah berkongsi video itu di laman sosial berkenaan.

“Ini adalah tindak balas yang cukup bagus, indah dan saling menghormati. Sebenarnya, pelbagai cara untuk menghormati budaya, kepercayaan orang lain dan salah satunya seperti ini,” coretnya.

Tinjauan kami di ruangan Replies mendapati rata-rata warganet memberi respons yang positif memandangkan tindakan lelaki itu cukup berbeza dengan segelintir individu yang lebih ke arah Islamophobia.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mencatat lebih 130,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka.

Untuk baca artikel lain berkenaan kisah pengislaman individu yang dulunya membenci Islam, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca