Individu yang berada di bawah pengaruh dadah selalunya akan melakukan perkara-perkara di luar kawalan mereka. Dalam erti kata lain, mereka sendiri tidak sedar apa yang dilakukan itu.
Adakalanya, perbuatan mereka yang berada di bawah pengaruh dadah akan mengancam keselamatan orang lain. Malah, ada juga yang bertindak melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri.
Begitulah yang terjadi dalam satu insiden ini di mana seorang lelaki dijumpai dalam keadaan high kerana dia dipercayai baru sahaja mengambil dadah. Cukup memalukan apabila lelaki itu dilihat terbaring atas ciritnya sendiri di kawasan parkir kereta.
Video insiden itu telah dikongsikan di laman Facebook dan menjadi tular dalam sekelip mata sahaja. Menerusi video berdurasi 32 saat itu, seluar yang dipakai lelaki berkenaan dilihat terlondeh sehingga menampakkan separuh bahagian punggungnya. Tahinya juga dilihat ‘membanjiri’ lantai dan menjadi ‘alas’ duduk buatnya.
Walau bagaimanapun, rakaman video itu terhenti di situ sahaja dan tiada siapa tahu apa yang berlaku terhadap lelaki berkenaan selepas itu. Lokasi kejadian itu berlaku juga tidak dinyatakan.
Apa-apa pun, semoga kejadian ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua. Jangan sesekali kita jadi hamba dadah.