[Video] Tendang Bomba Dan PDRM, Penagih Dadah Ini Buat Kecoh Di Kuala Lumpur Lepas Panjat ‘Signboard’

Ada sebabnya mengapa kita disuruh menjauhi najis dadah.

Satu kekecohan tercetus di bandaraya Kuala Lumpur selepas seorang penagih dadah berjaya dirakam lensa kamera selepas dia memanjat papan tanda jalan dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Rakaman video yang kini tular tersebut telah dikongsikan seorang pengguna Twitter.

Menerusi posting tersebut, pemilik akaun berkenaan berkata penagih dadah terbabit pernah ditahan beberapa kali sebelum ini. Malah, pada bulan lepas sahaja sudah tiga kali dia dicekup.

Lebih kurang petang semalam, penagih dadah berkenaan sekali lagi menimbulkan masalah apabila dia memanjat papan tanda jalan sambil memegang sebilah pisau. Tidak cukup dengan itu, rakaman video terbabit turut mendedahkan si penagih menendang anggota bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, penagih dadah itu dapat dilihat berada di tengah-tengah antara anggota bomba dan polis. Suspek dikatakan ditendang berkali-kali di kepala oleh pihak bomba dalam usaha untuk memaksanya turun namun tertuduh masih berkeras dan berpaut pada tiang.

Selain itu, dia juga dilihat menendang seorang anggota polis yang berada di bawahnya.

Ketika pergelutan berlaku, penagih dadah yang didakwa merupakan warga Rohingnya itu dirakam sedang berpaut pada kaki salah seorang bomba yang cuba menendangnya turun.

Menerusi akaun laman sosial Twitter lagi, pengguna sama turut memuat naik satu rakaman pendek yang menujukkan penagih dadah yang sama sedang menari-nari di jalan raya Kuala Lumpur sambil menghayunkan sebilah pisau.

Difahamkan, penagih dadah berkenaan akhirnya jatuh ke tanah jua dan berkemungkinan sudah dicekup oleh pihak PDRM.

Syabas penulis ucapkan kepada anggota bomba dan PDRM!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca