[Video] Telan 10 Papan Panadol, Norman Hakim Buka Cerita Pernah Cuba Untuk Bunuh Diri

Pelakon terkenal tanah air, Norman Hakim mendedahkan bahawa dia pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri kira-kira lapan tahun lalu.

Menurut pelakon yang terkenal menerusi siri televisyen berjudul Gerak Khas itu, dia memilih untuk mengambil nyawanya sendiri kerana hilang pertimbangan gara-gara terpisah daripada anak-anak selepas rumah tangganya bersama dengan Abby Abadi menemui titik noktah.

“Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu, saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak.”

“Apabila saya hilang keluarga, maknanya saya mati,” luah Norman.

Ceritanya, ketika itu dunianya terasa gelap dan mahu bernafas pun seolah-olah tiada guna lagi.

Tambahan pula, ketika itu Norman sendiri banyak menonton drama yang menunjukkan babak membunuh diri dengan menelan ubat-ubatan melebihi dos. Lalu, Norman yang ketika itu langsung tidak berfikir panjang terus menelan 10 papan Panadol pada jam 4 pagi.

Selepas menelan kesemua Panadol tersebut, Norman terus menelefon ibu dan bapanya untuk meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas salah silapnya selama ini.

Tidak lama selepas itu, Norman terus terlelap dan tidak sedarkan diri. Sekitar jam 9 pagi, Norman akhirnya terjaga dan terus berkata, “Eh aku hidup balik?”

Saat itu menjadi turning point dalam hidup Norman kerana menurutnya, Allah telah memberi peluang kepadanya untuk hidup dan bertaubat.

Untuk rekod, Norman sebelum ini pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Tiga tahun selepas itu, Norman kemudiannya berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca