[Video] Teknologi ‘Virtual Reality’, Seorang Wanita Bertemu Semula Mendiang Anaknya

Seorang wanita di Korea Selatan menjadi sebak saat diberi peluang untuk bertemu semula dengan mendiang anak perempuannya menerusi bantuan teknologi virtual reality (VR).

Sebuah siaran televisyen di negara berkenaan, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menghasilkan sebuah projek dokumentari yang diberi tajuk I Met You melalui segmen VR Human Documentary.

Jang Ji-sung yang merupakan ibu kepada empat orang anak kehilangan anak ketiganya iaitu Na-yeon kepada leukemia pada tahun 2016.

Namun, siapa sangka bahawa mereka akan bersatu kembali tiga tahun kemudian?

Mom meets her deceased daughter in VR world.
Sumber: Tech Times

Pada mulanya, Ji-sung tidak dapat elak daripada rasa sedih dan bersalah mengenangkan nasib yang menimpa Na-yeon.

Saat bertemu dengan Na-yeon, Ji-sung berkata menurut laporan Aju Business Daily, “Mungkin itu merupakan syurga sebenar.”

Tambahnya, “Saya jumpa Na-yeon, dia memanggil saya dengan senyuman, untuk masa yang sangat singkat tetapi ia adalah masa yang sangat gembira. Saya fikir saya mempunyai impian yang saya inginkan.”

Untuk menjadikan projek ini satu realiti, pasukan produksi telah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang kanak-kanak berkenaan termasuk gambar dan audio yang dimiliki keluarganya.

Pasukan produksi dilaporkan mengambil masa selama lapan bulan untuk menyiapkan projek tersebut.

Dalam pada itu, Ji-sung berkata bahawa beliau membuat keputusan untuk muncul dalam dokumentari berkenaan untuk membantu orang lain yang turut kehilangan insan tersayang.

Anda boleh tonton video penuh di bawah:

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai VR, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca