[Video] Tanpa Mengira Tempat, Lelaki Solat Dalam Sampan Ini Undang Pelbagai Reaksi Warganet

Rakaman video seorang lelaki yang sedang menunaikan ibadah solat ketika berada di dalam sampan di bawah terminal penumpang Teluk Nibong, Pelabuhan Tanjung Balai Asahan di Tanjungbalai, Sumatera Utara, Indonesia mengundang pelbagai reaksi warganet.

Video yang berdurasi 1 minit 50 saat itu dimuat naik di laman sosial Facebook Arifin Kohler bersama kapsyen bertulis “Berapa gajimu?? Sampai sanggup kau meninggalkan solat, apa yang dijanjikan dengan pasanganmu hingga begitu mudah kau meninggalkan solat??”

Rakaman berkenaan menjadi tular setelah berjaya meraih lebih 578,000 tontonan. Rakaman terbabit juga memperoleh kira-kira 12,041 perkongsian.

Walaupun dalam rakaman itu sampan lelaki berkenaan kelihatan tidak stabil, dia masih lagi kekal berdiri menunaikan solat seolah-olah berada di atas tanah rata.

Kebanyakan warganet menzahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana lelaki itu mengutamakan solat tanpa mengira tempat. Ada juga yang sempat menyindir sesetengah individu yang bekerja di dalam tempat yang selesa namun masih tidak menunaikan solat.

“Jangan hanya mencari duit tetapi ibadah tidak dibuat. Ingatlah kelak ketika mati bukan harta yang ditanya,” tulis salah seorang warganet.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca