[Video] Tampar Muka Bekas Teman Wanita Sampai Lebam, ‘Instafamous’ Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter berkongsi tentang satu video yang diambil daripada Instagram story seorang wanita yang dikenali sebagai Afifah di mana dia dibelasah teruk oleh bekas teman lelakinya yang juga merupakan seorang ‘instafamous’.

Dalam video berkenaan, gadis yang berasal dari Pulau Pinang itu menunjukkan kesan lebam pada mukanya yang didakwa gara-gara ditampar dan ditumbuk oleh bekas teman lelakinya.

Difahamkan, semuanya berpunca kerana ‘instafamous’ itu iaitu Imranul Effendy atau lebih dikenali sebagai Imran (@xteroxx) berlaku curang dengan Afifah. Bagi menyelamatkan hubungan mereka, Afifah dikatakan sanggup datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berbincang dengan lelaki tersebut.

Namun begitu, lelaki berkenaan dikatakan enggan berbincang dengan cara baik sekali gus menyebabkan Afifah mengamuk kerana terlampau berang. Disebabkan itu, Imran terus naik tangan dan menampar Afifah.

Kes ini mendapat perhatian warganet kerana perbuatan lelaki memukul perempuan memang dianggap keterlaluan. Imran menerima kecaman hebat daripada warganet gara-gara tindakannya itu.

Namun begitu, Imran yang mempunyai hampir 300,000 pengikut di laman Instagram tampil membuka mulut mengenai perkara sebenar.

Menurut Imran yang mengakui telah menampar Afifah, dia tidak akan berbuat demikian tanpa sebab. Pada masa yang sama, Imran turut menegaskan bahawa dia langsung tidak menumbuk muka wanita itu seperti yang diperkatakan. Malah, Imran juga mengatakan yang mereka sudah berbincang secara baik.

Apa-apa pun, kami harap Imran dan Afifah dapat selesaikan perkara ini secara baik.

Artikel Lain Untuk Di Baca