Umum sudah tahu, Indonesia mempunyai ketumpatan populasi yang sangat padat membuatkan jumlah yang dijangkiti COVID-19 begitu cepat meningkat.
Negara itu telah menasihati penduduknya untuk kurangkan berada di luar rumah dan lakukan penjarakan sosial untuk membendung COVID-19.
Namun sebaliknya berlaku apabila tular di laman media sosial apabila video sekumpulan jemaah lelaki telah menggoncang dan cuba memanjat pintu pagar sebuah masjid.
Ini semua demi keinginan mereka untuk menunaikan ibadah solat Jumaat.
Walaupun pintu pagar tersebut dijaga oleh pengawal, namun cubaan itu gagal apabila kesemua jemaah itu bersorak gembira sejurus dapat membuka pagar tersebut dan menyerbu masuk.
Kejadian primitif ini terjadi di Masjid Al Karomah Martapura Kalimantan Selatan, krn dilarang shalat jumat jemaah memaksa masuk sampai merubuhkan pagar masjid. Mereka takut jadi kafir, auto murtad.
— Eko Kentudi (@eko_kentudi) April 10, 2020
Kentu#ButuhDriver
Goride
Andrea Hirata
Jumat Agung pic.twitter.com/0EY33KBJVn
Local people in South Kalimantan defied government's lockdown order. pic.twitter.com/ZwFI7nBAja
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) April 11, 2020
Menurut sumber, tindakan mereka itu dilakukan kerana khuatir diri mereka akan murtad apabila terlepas solat Jumaat selama dua minggu berturut-turut.
Untuk rekod, Indonesia kini mencatatkan 4,241 kes positif COVID-19 dan 373 angka mangsa korban.
Rakyat dinasihati untuk sentiasa mematuhi perintah kerajaan dengan duduk di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan berjala dan menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang masa.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah: