[Video] Syifa Melvin Dikecam Hebat Selepas Tular Video Dirinya Merendahkan Penduduk Setinggan Dan PPRT

Sejak beberapa hari ini, rata-rata bercakap tentang Syifa Melvin selepas adik ipar kepada pelakon terkenal tanah air itu dikatakan menjadi punca prestasi pemain bintang pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum.

Belum reda tentang isu tersebut, nama adik kepada Syatilla Melvin itu semakin hangat diperkatakan warganet apabila satu video memaparkan dirinya merendahkan penduduk rumah setinggan dan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter di sebalik akaun @nraissafika itu, Syifa dilihat sedang mempromosikan sebuah koleksi turban. Dia kemudiannya mengatakan bahawa warna-warna yang terdapat dalam koleksi tersebut adalah warna mahal di mana ia sekali gus membuatkan si pemakai kelihatan mewah meskipun mereka cuma tinggal di rumah setinggan dan rumah PPRT.

“Warna dia semua warna yang mahal. Kalau anda pakai, anda automatik nampak mahal walaupun anda duduk rumah setinggan atau PPRT,” kata Syifa dalam video yang berdurasi 19 saat itu.

Kenyataan yang keluar dari mulut gadis kelahiran Perak itu membuatkan warganet bengang kerana dia dianggap merendahkan golongan yang tidak berkemampuan tanpa sebarang rasa bersalah.

Tinjauan kami di ruangan komentar mendapati bahawa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Syifa dan bertindak melemparkan kecaman terhadapnya. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada pengguna Twitter:

Malah, ada juga warganet yang menyifatkan Syifa sebagai kacang lupakan kulit kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa memandangkan dia juga datang daripada keluarga yang susah.

Beberapa orang pengguna laman sosial itu mendakwa bahawa Syifa dan keluarga sebelum ini berniaga di pasar malam sebelum nasib mereka sekeluarga berubah selepas kakaknya bergelar pelakon.

Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat dijadikan iktibar buat semua. Janganlah sesekali kita merendahkan orang lain. Bumi ini bulat, ada masa kita di atas dan ada kalanya kita pula di bawah.

Untuk baca artikel lain berkenaan isu Safawi Rasid dan Syifa Melvin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca