[Video] ‘Surprise’ Ibu Dengan Wang RM10K, YouTuber Cupcake Aisyah Terima Pujian Warganet

Baru-baru ini, satu rakaman vlog memaparkan seorang YouTuber terkenal menghadiahkan wang tunai bernilai RM10 ribu kepada ibunya telah tular di media sosial.

YouTuber muda terbabit yang dikenali dengan nama Cupcake Aisyah telah merakam vlog bertajuk What’s in The Box bersama ibunya yang mesra disapa dengan panggilan Mama Sue.

Menerusi video terbabit yang kini sudah ditonton 274,955 kali, Cupcake Aisyah memberitahu tujuan dia membuat vlog terbabit adalah kerana dia mahu mengispirasikan orang ramai supaya memberi kepada orang tua masing-masing.

Pada awal rakaman berkenaan, Cupcake Aisyah telah memulakan vlog bertajuk What’s in The Box itu dengan memberikan ibunya cabaran di mana wanita itu harus meneka barangan yang diletakkan di sebalik kotak.

Antara barangan yang diletakkan YouTuber berusia 19 tahun itu adalah potongan kek, slime dan cacing.

Cupcake Aisyah kemudiannya meletakkan wang tunai berjumlah RM10,000 pada akhir video dan meminta ibunya untuk meneka objek berkenaan.

Mama Sue yang pada mulanya menyangka objek itu adalah senaskah buku akhirnya berjaya meneka identiti barangan tersebut selepas beberapa ketika.

Sebaik sahaja wang tunai terbabit dikeluarkan dan Cupcake Aisyah memberitahu ibunya bahawa ia merupakan hadiah buat wanita itu, Mama Sue terus sebak dan mula menangis.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama rakaman tersebut, Aisyah memberitahu dia sama sekali tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi dia hanya mahu mengispirasikan orang lain supaya membalas jasa baik orang tua mereka.

Rakaman video terbabit telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata berpendapat ia merupakan cara paling baik untuk menamatkan tahun 2019.

Ada juga yang memberi komentar bahawa Mama Sue telah berjaya mendidik anaknya dengan baik kerana gadis itu masih menghargai orang tuanya meskipun sudah popular.

Untuk membaca artikel lain berkaitan YouTuber, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca