Siapa sahaja yang tak takutkan binatang bernama singa ini? Nampak memang comel, lagi-lagi kalau yang jantan. Tetapi, sekali dia mengaum, sebatu sudah boleh dengar.
Walaupun singa merupakan keluarga kucing, ia tidak sama manja seperti haiwan yang dicintai ramai itu. Tiada siapa yang berani mendekati singa tanpa sebarang penghadang kerana silap hari bulan, boleh jadi arwah.
Satu video ‘prank’ singa terlepas di tempat awam telah dimuat naik ke laman YouTube pada tahun 2014. Walaupun sudah beberapa tahun ia dimuat naik, jumlah tontonan video itu masih lagi meningkat dari hari ke hari. Setakat hari ini, ia mencatat jumlah tontonan lebih 54 juta.
Memang kelakar habis! Dalam video itu, seekor anjing dipakaikan ‘bulu singa’ di sekitar wajah dan dilepaskan di tempat awam. Habis semua bertempiaran lari. Tapi kalau kena dekat diri sendiri, mahu ada yang terkencing dalam seluar. Apa-apa pun, video itu sangat menghiburkan!