[Video] Sering Merebahkan Badan Dan Berpura-Pura Mati, Adakah Kuda Ini Malas Atau Bijak?

Bukan manusia sahaja yang pandai berlakon tetapi kuda pun pandai ‘berlakon’ untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan kerja.

Jingang, menurut pemiliknya, akan selalu merebahkan badannya dan berpura-pura mati setiap kali seseorang cuba untuk menunggangnya. Kadangkala, lakonan Jingang akan kelihatan dramatik apabila ia menjelirkan lidah dan turut mengangkat kakinya ke udara.

Menurut seorang penduduk tempatan yang cuba untuk melatih Jingang di ladang bagi membawa pengunjung bersiar-siar di sekitar kawasan tempat tinggalnya, Jingang merupakan seekor kuda yang comel tetapi nakal.

Seorang penunggang kuda yang cuba untuk menunggang Jingang berkata bahawa, “Dia cuma berpura-pura mati.” Koboi tersebut mengeluh dan bingung apabila kuda itu bangun dengan segera apabila dia beredar. Namun, sebaik sahaja penunggang kuda berkenaan berjalan semula ke arahnya, Jingang pun berpura-pura mati semula.

Telatah Jingang telah mencuri perhatian warganet dengan salah seorang daripada mereka berkata bahawa, “Jingang merupakan seekor kuda yang sangat pintar. Saya berharap agar boleh melakukan perkara yang sama sepertinya setiap kali orang yang saya tidak suka menghampiri saya.”

Terdapat komentar di bawah video berkenaan yang berkata, “Jingang bukannya seekor kuda yang malas tetapi ia merupakan seekor kuda yang bijak. Mengapa perlu membawa beban yang berat sedangkan ia boleh mengelak daripada berbuat demikian?”

Walau bagaimanapun, seorang pengguna media sosial yang lain tertanya apabila kuda tersebut mati, adakah pemilik kuda tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menyedari kematiannya? Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca